Friday, 18 July 2014

dilemma nak quit HO

patut ke tak patut sebenarnya aku quit HO ni?? setakat ni dah bagi tau mak ayah. tapi respond diorang biasa je. walaupon aku tak tahu ape yang diorang rasa. mesti remuk habis hati diorang kan?? i'm the 1st doctor in my bigggg family. bukan takat 1 family je tahu aku jadik doktor, orang kampung semua tahu. kesian nya mak ayah kalau orang tanya aku doktor kerja cam mana ke. padahal aku dah nak berhenti dah. whyyyy...whyyyyy aku tak amik course lain lepas spm dulu!!!. haishh...apa dah lepas..lepas la. spm 11a pon tak guna sekrang ni.

sekarang ni aku memerlukan bimbingan dan kata2 semangat ni. bagitahu mak aku tension semua...mak buat tak tahu je. hmmm... that is why i never tell her about my problem even i'm very veryyyy depressed at that time. ok2..tak baik salahkan emak. salahkan diri sendiri.

hari tu jumpa specialist psychiatric...dia kata aku ni introvert. well...aku bukan introvert..aku kawan ramai je. memang la aku tak suka shopping..tapi gi makan bersuka ria aku pegi je. pakar psy ni pon bagi nasihat ntah pape je. ayat biasa senior2 mo or specialist korang..during my time..during my time... eh..gi mati la during ko nye time. during ur time..buat HO setahun je.. tapi tak tahu la ward work during your time macam mana. dah la...kalau aku beza kan during my time and your time..aku setaraf la dengan korang. so malas la nk komen.

aku harap sepuluh malam terakhir ramadhan ni..aku dapat hidayah petunjuk Allah. sama2 la doakan aku..dan doa2 kan houseman2 lain yang nak quit tu jgk...bagi kekuatan kat diorang. semoga houseman2 sekarang yang ada kat malaysia ni..tabah selalu ye. i know korang boleh!! nanti houseman2 skrang yang nak jadik MO..tak yah nak poyo sangat nanti. ingat 1 masa dulu ko pon pernah jadi houseman. jangan fikir nak STAT je. ni benda yang obvious tak perlu stat korang order stat. yang kena marah dengan lab  bkn mo..HO. so bila jadik MO jangan la buli HO2 ni..bagi tunjuk ajar. nanti mana tahu 1 hari nnt..HO ni yang jadik boss korang..korang tak tahu semua tu kn. maka..bersamalah bekerjasama supaya hak pesakit..hak HO..hak Mo..hak semua orang...haktui..semua terjaga.

Selamat Tinggal Housemanship...or not??

assalamualaikum..semua. bajet ade orang nak baca tapi lantak lah. haish..aku tak tahu kat mana nak luahkan perasaan yang terbuku di hati ni. of course tak de tempat yang best melainkan mengadu kepada Allah yg Esa. tapi nak jugak la tulis kat sini

1st of all, macam tajuk kat atas ni kan, aku dah dekat seminggu MIA. kat dalam lubuk hati aku ni..terasa sangat bersalah kat wardmates aku. aku sekarang baru 5 bulan jadi HO. currently posting kat medical dept. so medical ni 2nd posting aku la. hmmm...aku tak tahu la weh. nak kata aku salah pilih course, dah terlambat. aku dah start tak minat medik dari 3rd year rasa nye. tapi aku gagahi jua belajar. yela..1 aku under pinjaman..erm..1 tu je la yang aku dapat pikir stakat ni.

seriusly aku tak stress kerja. well...come on la..kalo aku stress pasal kerja..bulan 1st dah berhenti. masa awal2 jadi ho...bagun kol 5.15 am kot. sebab xtahu mcm mana nak review patient..kadang2 1 ward jaga 3 orang so kena datang awl. balik kol 11pm..takde hal bangun esok tu walaupon merengek2 sorang2 golek2 atas katil sebelum gi tandas. sekarang ni aku stress sebab aku dapat rasa aku tak ikhlas bekerja. tak de ke ikhlasan dalam jiwa nak jaga orang sakit. aku tak interested sikit pon nak tahu lebih lanjut pasal penyakit diorang tu. aku stress buat sesuatu setiap hari benda yang aku tak suka. benda yang melibatkan nyawa orang.

tapi jangan la fikir aku tak ambil tanggungjawap tu sikit pon. aku still bagi khidmat aku sepenuh nya, pastikan semua pasal hal ehwal pesakit tu aku tau. tak de la aku jadik malas teros kn. aku tak pernah dapat warning letter atau kena buat explainatuon letter pon selama aku kerja jadik HO ni. cuma semakin lama aku kerja,, semakin aku benci kerja ni. aku tak tahu kenapa. benda yang paling obvious skali aku belajar time kerja...duit banyak tak menjamin kebahagiaan. siap bold lagi nk beri penegasan disitu. gaji riban2..rm4k/month..banyak kn? tapi kerja ko hape..kerja ko merangkumi kerja nurse, PPK kadang maid pon ade. "doktor badan saya gatal"..kata pesakit ESRF. "uncle..buah pinggang uncle kan tak boleh berfungsi dengan baik sekarang, jadi rasa gatal2 tu memang biasa untuk penyakit uncle"..."oooo..mcm tu ka"... okey dah terangkan..esok tu mengadu benda sama...hadoii. "doktor saya nak makan tapi tak ada sudu..nak susu" "..ermm..kejap saya tengah amik darah ni..uncle bgtau encik tu (sambil tunjuk PPK tengah sorong makanan)"...dah hbs amik drh..jap lagi g bed sama.."doktor..saya x dapat sudu lagi"...arghhhhhhh..uncle boleh jalan kotttttt...gi la amik sudu sendiri!!! ( dalam hati je tu) sambil senyum..g masuk pantry..amik sudu plastik..g kat patient.."nahhhh uncle..makannnnnnn".  jap lagi.."doctor saya tak ada selera la." arghhhhhh... keluar dari bilik tu.,..g lari bli air jap tenangkan fikiran.

specialist aku pernah bagi tahu.."korang ni HO, korang bawah lagi dari cleaner tu tau" ...ape aku kesahh aku lagi bawah dari siapa. aku x pernah plak tak hormat cleaner. siap tolong lagi. takde aku marah nurse pon walaupon nurse tak buat kerja diorang. kalo bab kerja doctor..cepat je menyuruh...cepat je nak noted2. tak de hal. macam riak je tulisan..tapi sebenarnya point yang aku nak sampai kan...aku tak kisah kerja dengan siapa...aku tak kisah buat kerja kuli...tapi bila bab medik..aku terus jadi benci.

aku tak rasa belajar medik lama2 tapi tak jadik doktor adalah kerugian. rasa kelebihan lagi. sebab aku ada ilmu walaupon tak banyak..cukup untuk aku tahu...and kalau kawan2 aku masuk spital ke..family masuk spital ke..aku tahu apa diorg buat..ape procedure sume.

kenapa la cetek sangat bidang perubatan ni. kalo amik degree medicine..kena jadik doktor je. tak boleh ke besar kan skop ijazah ni bole jadik pembantu makmal ke...jadi MA ke..jadi ape2 la yang berkaitan.

sekarang ni aku nak try apply amik diploma balik. sijil pon ok..tak kesah start dari awl. tapi masalah nya tak tahuuuu macam mana. hal family 1 lagi..harapan diorg tinggi sangat kat aku. hmmm... kena mintak pertunjuk Allah banyak2. kalo di takdirkan aku terus dalam medic ni..aku redha je. kadang2 benda yang kita tak suka ni adalah bnda yang baik untuk kita kan? MIA? extend..tak kesah la

owh..kalo ada peluang belajar lagi...bg tau la. peluang kerja pon..bgtau jgk. hehehe. bye2