patut ke tak patut sebenarnya aku quit HO ni?? setakat ni dah bagi tau mak ayah. tapi respond diorang biasa je. walaupon aku tak tahu ape yang diorang rasa. mesti remuk habis hati diorang kan?? i'm the 1st doctor in my bigggg family. bukan takat 1 family je tahu aku jadik doktor, orang kampung semua tahu. kesian nya mak ayah kalau orang tanya aku doktor kerja cam mana ke. padahal aku dah nak berhenti dah. whyyyy...whyyyyy aku tak amik course lain lepas spm dulu!!!. haishh...apa dah lepas..lepas la. spm 11a pon tak guna sekrang ni.
sekarang ni aku memerlukan bimbingan dan kata2 semangat ni. bagitahu mak aku tension semua...mak buat tak tahu je. hmmm... that is why i never tell her about my problem even i'm very veryyyy depressed at that time. ok2..tak baik salahkan emak. salahkan diri sendiri.
hari tu jumpa specialist psychiatric...dia kata aku ni introvert. well...aku bukan introvert..aku kawan ramai je. memang la aku tak suka shopping..tapi gi makan bersuka ria aku pegi je. pakar psy ni pon bagi nasihat ntah pape je. ayat biasa senior2 mo or specialist korang..during my time..during my time... eh..gi mati la during ko nye time. during ur time..buat HO setahun je.. tapi tak tahu la ward work during your time macam mana. dah la...kalau aku beza kan during my time and your time..aku setaraf la dengan korang. so malas la nk komen.
aku harap sepuluh malam terakhir ramadhan ni..aku dapat hidayah petunjuk Allah. sama2 la doakan aku..dan doa2 kan houseman2 lain yang nak quit tu jgk...bagi kekuatan kat diorang. semoga houseman2 sekarang yang ada kat malaysia ni..tabah selalu ye. i know korang boleh!! nanti houseman2 skrang yang nak jadik MO..tak yah nak poyo sangat nanti. ingat 1 masa dulu ko pon pernah jadi houseman. jangan fikir nak STAT je. ni benda yang obvious tak perlu stat korang order stat. yang kena marah dengan lab bkn mo..HO. so bila jadik MO jangan la buli HO2 ni..bagi tunjuk ajar. nanti mana tahu 1 hari nnt..HO ni yang jadik boss korang..korang tak tahu semua tu kn. maka..bersamalah bekerjasama supaya hak pesakit..hak HO..hak Mo..hak semua orang...haktui..semua terjaga.
No comments:
Post a Comment