assalamualaikum
buat siapa-siapa yang baca entry aku sebelum ni, korang tau aku resign pada 4hb lepas. sekarang ni Alhamdulillah aku still berusaha mengsurvive kan diri. sekarang tengah busy uruskan bisnes online aku dan abang aku kat perfwaymall. alhamdulillah. setakat ni sale dah mencecah RM 2k. sikit? ye..sikit nak berbanding gaji aku masa houseman. tapi aku puas. sebab aku buat apa yang aku suka. promote bisnes dekat FB, pergi pos barang, notify customers punya tracking number.
Aku kena paggil interview untuk Admin Clerk,which aku tolak sebab dia bagi tahu aku pukul 11.00am dan interview pukul 4pm. mati weh. aku bukan tau pon kerja ni macam mana. dan 1 lagi interview 20hb ni. executive financial consultant. rasa nak pergi nanti. pastu aku dah daftar kat skim usahawan muda. hari isnin ni diorang dah panggil untuk taklimat pembiayaan. harap aku berjaya. insha Allah, aku nak berusaha tunjukkan kat mak abah yang aku boleh berjaya.
Saturday, 13 September 2014
Tuesday, 9 September 2014
cara letak jawatan jika anda seorang houseman, doktor atau pegawai siswazah ud41 24jam
assalamualaikum...okey post kali ni aku nak cerita macam mana steps untuk berhenti jadi houseman. ni aku tulis ikut pengalaman aku, maybe 1 hospital lain cara dia dari hospital aku.
1. PROSEDUR
Aku terus jumpa admin. Akak tu yang uruskan kemasukkan hosmen atau orang 1st korang jumpa time lapor diri kat hospital. lucky me, akak tu sangattttttttttt baik. dia of coz bagi aku nasihat, siap nak tolong lagi supaya aku tak yah bayar sebulan gaji tu dengan naikkan sikit tarikh notis 30 hari tu. hmmm...tapi aku dah tersangat nekad untuk berhenti. so aku cakap, aku still nak letak jawatan hari ni. mungkin ada tempat lain kena jumpa specialist dulu,atau MO yang jaga korang. tapi aku tanya ex-ho hospital tu mcm mana diorangg berhenti jadi diorg bagtau,mcm ni la cara nyaaaaa......
2.SURAT
aku penat laaaaa dok google surat untuk berhenti. last2 bila dah dapat, rupanya dekat admin dah ade template surat letak jawatan tu. membazir 30sen aku print surat. so akak tu la yang uruskan segala2 nya.
3.PEMBAYARAN
oleh sebab aku dapat gaji full bulan sebelum nya walaupon aku MC lebihh kurang sebulan, jadi aku kena bayar balik elaun flexi dan BIPK. so gambar bawah ni tunjuk cara pengiraan pembayaran balik. Ini aku kena pergi ke Unit Kewangan untuk dapat kan benda ni.

So lepas dapat pengiraan ni dengan surat letak jawatan dan pembayaran balik 1 bulan gaji RM2777.98. aku pon pergi Unit Hasil tempat patients selalu bayar bil hospital tu. bagi seketul RM4k lebih which was gaji bulan 8 aku tak guna lagi, sebab aku tahu aku kena bayar banyak macam ni. dah bayar, dapat resit, pergi balik Unit Kewangan pastu Admin. then selesaiiiiii
nampak macam senang kan..well actually memang senang nak berhenti kerja houseman ni. nak tahu sebab apa..mcam akak admin cakap kat aku "letak jawatan adalah SATU-SATUNYAAAAA HAKKK HOUSEMAN." haish..sikit sangat hak houseman kan. surat letak jawatan ni tak perlu tunggu kelulusan ketua jabatan pon. t
Thursday, 4 September 2014
Aku bukan lagi pegawai perubatan siswazah UD41
Hari ini 4 September 2014 secara rasminya aku letak jawatan sebagai houseman. tak tahu la sekarang bercampur baur perasaan. happy, sedih, kecewa dengan diri sendiri, bebas. aku dah hantar notis 24jam kat admin. actually aku tak hantar. nanti post lain, aku bagitahu korang prosedur letak jawatan which i find it difficult to search it on internet. puas giler aku cari cara step by step cara nak letak jawatan. tak pe..nanti aku cerita. prosedure dia senang je.
for all housemans out there, stay strong!! biar berhenti kerja menjadi pilihan terakhir korang. sekarang ni, aku akan cuba sedaya upaya mencari kerja. walaupon aku tahu susah. selepas hampir dua bulan dapat MC dari psy, aku akhirnya dilepaskan. huhuhuhuhu...
aku tahu ramai kat luar sana suruh aku fikir banyak kali, letak jawatan dalam perkhidmatan awam...susah nak dapat kerja kerajaan lagi lepas ni. tapi aku pilih untuk berhenti kerana minat aku untuk jadi doktor TAK ADA LANGSUNG!! Jadi setiap hari aku tertanya2 bila aku nak ikhlas buat kerja ni? badan letih, tidur tak lena, selera makan kurang...yes, i experienced major depression. that is why aku kena refer dengan psy. plus aku ehem monteng ehem...
dr.psy bagi aku mc dua hari, hari ni dengan semalam untuk selesaikan pasal resign ni. so semalam puas dok google macam mana cara nak resign last2 aku tanya kawan aku je, pon ex-ho jugak cam ne nk brenti. tup2..hari ni, aku bukan doktor lagi
harapan aku semoga aku dapat tempuh kehidupan ni, tanpa gaji rm4300, hidup sederhana. sapa2 yang baca ni, tolong la doa2 kan untuk aku, dan ex2-ho luar sana supaya kami dapat kerja cepat. aminn
Subscribe to:
Posts (Atom)