Thursday, 4 September 2014

Aku bukan lagi pegawai perubatan siswazah UD41

Hari ini 4 September 2014 secara rasminya aku letak jawatan sebagai houseman. tak tahu la sekarang bercampur baur perasaan. happy, sedih, kecewa dengan diri sendiri, bebas. aku dah hantar notis 24jam kat admin. actually aku tak hantar. nanti post lain, aku bagitahu korang prosedur letak jawatan which i find it difficult to search it on internet. puas giler aku cari cara step by step cara nak letak jawatan. tak pe..nanti aku cerita. prosedure dia senang je.

for all housemans out there, stay strong!! biar berhenti kerja menjadi pilihan terakhir korang. sekarang ni, aku akan cuba sedaya upaya mencari kerja. walaupon aku tahu susah. selepas hampir dua bulan dapat MC dari psy, aku akhirnya dilepaskan. huhuhuhuhu... 

aku tahu ramai kat luar sana suruh aku fikir banyak kali, letak jawatan dalam perkhidmatan awam...susah nak dapat kerja kerajaan lagi lepas ni. tapi aku pilih untuk berhenti kerana minat aku untuk jadi doktor TAK ADA LANGSUNG!! Jadi setiap hari aku tertanya2 bila aku nak ikhlas buat kerja ni? badan letih, tidur tak lena, selera makan kurang...yes, i experienced major depression. that is why aku kena refer dengan psy. plus aku ehem monteng ehem...

dr.psy bagi aku mc dua hari, hari ni dengan semalam untuk selesaikan pasal resign ni. so semalam puas dok google macam mana cara nak resign last2 aku tanya kawan aku je, pon ex-ho jugak cam ne nk brenti. tup2..hari ni, aku bukan doktor lagi

harapan aku semoga aku dapat tempuh kehidupan ni, tanpa gaji rm4300, hidup sederhana. sapa2 yang baca ni, tolong la doa2 kan untuk aku, dan ex2-ho luar sana supaya kami dapat kerja cepat. aminn


No comments:

Post a Comment